Setiap industri
mempunyai halangan dan cabarannya yang tersendiri. Industri pelancongan di
Malaysia juga turut tidak terkecuali. Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, industri
pelancongan di Malaysia menempuh pelbagai halangan dan cabaran yang hadir dalam
pelbagai bentuk dan situasi. Peristiwa kehilangan pesawat MH 370 dalam
perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014 yang melibatkan 239
orang penumpang dan anak kapal telah memberikan impak yang sangat besar kepada
industri pelancongan negara di mana kesannya dapat dilihat dengan berlakunya
penurunan pelancong dari China yang memasuki Malaysia. Begitu juga apabila
berlakunya insiden pencerobohan militan Sulu di Lahad Datu, Sabah pada tanggal
1 dan 2 Mac 2013 telah memberikan satu persepsi negatif kepada para pelancong
asing malah domestik terutamanya dari aspek keselamatan. Kejayaan atau
kegagalan sesebuah destinasi pelancongan adalah bergantung kepada kebolehan
untuk menyediakan persekitaran yang selamat dan terjamin kepada pelancong, di
mana aspek ini adalah lebih penting berbanding aktiviti ekonomi dan
perkhidmatan yang lain.[1]
Ancaman
keganasan, penyakit, bencana alam termasuk kemalangan dan penipuan yang kerap
berlaku sejak kebelakangan ini memerlukan pihak penyedia perkhidmatan
pelancongan lebih prihatin, proaktif dan konsisten dalam menyediakan prosedur
dan langkah keselamatan untuk memastikan percutian pelancong lebih terjamin.[2]
<----- Baca sebelumnya Kembali
Kenyataan – kenyataan tidak bertanggungjawab dan tidak
tepat dari pihak – pihak tertentu turut mempengaruhi keupayaan industri
pelancongan untuk berkembang. Contohnya kenyataan daripada bekas Perdana
Menteri Singapura, Lim Kwan Yew dan ditokok tambah oleh akhbar dari Singapura
bahawa Johor Bahru tidak selamat untuk dilawati berikutan banyak kes kehilangan
kereta yang melibatkan warga negara tersebut.[3]
Isu pencemaran alam sekitar turut menjadi penghalang kepada pembangunan
industri pelancongan di Malaysia. Pencemaran air, udara dan tanah yang berpunca
daripada aktiviti pembangunan dan kerakusan sifat manusia boleh menjejaskan
aktiviti dan promosi pelancongan yang diusahakan oleh pihak kerajaan dan
swasta. Sebagai contoh, aktiviti pembalakan haram di hutan – hutan simpan telah
menjejaskan aktiviti eko-pelancongan negara. Aktiviti seperti pembalakan haram
ini bukan sahaja menjejaskan aktiviti pelancongan, malah turut mengakibatkan
pencemaran air dan juga boleh menyumbang kepada berlakunya kejadian tanah
runtuh dan banjir kilat. Pembangunan tidak seimbang turut mempengaruhi industri
pelancongan negara sebagaimana yang berlaku di Pulau Pinang berikutan aktiviti
pembangunan di kawasan lereng bukit yang telah mengakibatkan kejadian banjir di
Georgetown dan sebahagian jalan menuju ke Batu Ferengghi turut runtuh.[4]
Kestabilan politik dalam negara turut menyumbang kepada kehadiran pelancong.
Negara yang mempunyai suasana politik yang stabil akan menimbulkan keyakinan
kepada pelancong untuk mengunjungi negara tersebut. Kejadian – kejadian berunsurkan
politik seperti ‘Perhimpunan Bersih 5.0’ dan tindakan provokasi oleh kumpulan ‘Baju
Merah‘ sebenarnya telah memberikan satu gambaran negatif terhadap kestabilan
politik negara. Gambaran negatif ini amat memberikan kesan kepada industri
pelancongan kerananya ianya akan mempengaruhi keputusan para pelancong asing
untuk mengunjungi Malaysia ekoran faktor keselamatan.
<----- Baca sebelumnya Kembali
[1] Logeswaran Tangavello et.al (2015). Isu Keselamatan Dalam Industri Pelancongan : Satu Tinjauan Konsep,
Geografia Online Malaysia Journal of Society and Space 11 Issue 1. hlm.33
[3] Hanirah Mohamad
Nur (2007). Persepsi Pelancong Terhadap
Aspek Keselamatan ( Kajian Kes : Daerah Johor Bahru ), Tesis Ijazah Sarjana
Sains ( Perancangan Pelancongan ), Universiti Teknologi Malaysia. hlm.4
[4] Utusan Online,
‘Banjir kilat melanda lagi’. Diakses
dari http://www.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-kilat-melanda-lagi-1.404948
No comments:
Post a Comment